Khamis, 31 Disember 2009

garpu

Masa tengah makan mi bandung.

Asim: Arifah, makanlah. Sedap gila mi ni, sampai menjilat garpu.

---> Em... peribahasa baru ni.

solat

Akak: Amru dah solat isyak ke belum?

Amru: Solat isyak tu yang mana satu?

Akak: Yang Amru sembahyang tadi tu solat apa?

Amru: Entah, tak tahu.

---> Amru ni mesti main solat je, tak niat.

bongsu

Amilah anak yang kedua terakhir sebelum Amru

Amilah: Best kan jadi anak bongsu, boleh manja-manja.

---> Hu~ buat ayat kesian la pulak Amilah ni.
Macam jealous dengan Amru pun ye jugak. Hehe

Khamis, 24 Disember 2009

bahasa SMS

Angah tengah menulis dalam blognya.

Amilah: Kenapa angah eja orang tu o-r-a-n-g?
Kenapa tak eja o-r-g je?

---> Budak-budak zaman sekarang ni,
kecik2 lagi dah pandai guna bahasa SMS.

Khamis, 17 Disember 2009

tarik hidung

Angah tarik hidung Amru.

Amru: Ok, Amru nak tarik hidung Angah pulak.

Angah: Tak boleh.

Amru: Ala, Angah tarik hidung Amru boleh. Tak aci la.
Bagi la Amru tarik hidung Angah. Bagi la.

---> Semua yang orang buat dia nak ikut, haih~

tak sayang

Asim: Amru sayang Asim tak?

Amru: Tak pun.

Asim: (Mengugut) Cakap betul-betul, sayang ke tak?
Kalau tak sayang, Asim taknak lepaskan.

Amru: Biarlah, bukannya dosa pun kalau tak sayang.

kulit ayam

Ummi tengah makan nasi dengan Amru.

Ummi: Amru makan la kulit ayam ni.

Amru: Taknak, nanti gemuk. Ummi la yang makan.

---> Heh, kecik2 lagi dah nak berdiet.

jururawat

:: Satu ::

Angah: Hari ni hari jururawat tau, 17 Mei.

Budak: Ha, tu ada banyak jururawat kat muka cikgu tu.

---> Itu jerawat la. Ceh, menyentuh sensitiviti sungguh.


::Dua ::

Angah: Amru jangan lap muka dengan tu la, nanti ada jerawat.

Amru: Biarlah ada pun, Amru nak jadi sama macam Angah.


---> Cakap boleh la. Ada betul-betul nanti baru tau macam mana.

Rabu, 16 Disember 2009

tak restu

Angah dan Akak tengah borak pasal kad kahwin.

Akak: Biasanya kad kahwin tulis mak ayah yang mengundang, kan.
Tapi ada kawan akak tu, kad kahwin dia tulis yang mengundang tu dia dan suami dia.

Angah: Maksudnya apa tu?

Ataullah: Tu maknanya mak ayah dia tak restu la tu.

---> Amboi2... Pandai-pandai je dia masuk topik orang besar.

Jumaat, 11 Disember 2009

korban

Andak: Amru tau tak korban tu apa?

Amru: Apa la andak ni, itu pun tak tau.
Korban lembu la, sembelih lembu...

---> dipetik dari blog Andak

mata duitan

Masa Angah tengah main game Plants vs Zombies lagi,
sambil dikelilingi dan diperhatikan oleh adik-adik (macam biasa la)...

Amru: Angah, bunuh zombi tu cepat. Dah dekat dah tu.
(Memberi sokongan padu, seperti biasa setiap kali tengok aku main).

Angah: Kejap la, orang nak kutip duit ni dulu.
Kalau dah kumpul banyak duit, boleh tanam pokok lagi.

Ataullah: Mata duitan la angah ni.
Tengah perang2 pun sempat ingat duit lagi.
Bunuh la dulu zombi tu.

---> Mengumpul duit sambil memerangi zombi boleh melatih survival skill kita untuk mencapai kejayaan dalam keadaan yang sukar - bukan mata duitan, ok~

main game

Masa Angah tengah main game Plants vs Zombies...

Amru: Angah, cepat angah.
Tembak zombi tu!
Ambil duit tu cepat!
Cepat tanam bunga tu!
Angah... Angah...
Jangan kalah, angah...

Angah: Semangatnya Amru ni, bukannya dia yang main pun.
Em, Amru nak main tak?

Amru: Taknak la. Amru nak tengok angah main je.

---> sebenarnya Amru tak reti main.

Khamis, 10 Disember 2009

solat

Suatu hari Angah baru sampai rumah dari Kuantan...

Abah: Angah dah solat dah?

Angah: Dah solat dah tengah jalan tadi.

Amru: Tipu...

Angah: Kenapa, tak percaya?

Amru: Kalau Angah sembahyang tengah jalan, mesti dah kena langgar.

---> "tengah jalan" tu = "on the way" la, bukan "on the road"

hati

Ummi: Kita boleh makan hati lembu dan hati ayam.
Tapi kalau 'makan hati' tu maksudnya merajuk.

Amilah: Tapi kalau kita makan hati, nanti kita ada 2 hati la kan.

---> Haih, lurusnya budak kecik ni...

home size vs siblings

Suatu hari ketika di dalam kereta...

Angah: Tengok rumah tu... Besar kan?
Bertingkat-tingkat lagi, rumah kita 2 tingkat je.

Amilah: Aah, besarnya.
Mesti adik beradik diorang lagi ramai dari kita.

---> Hoho... I don't think their children are more than twelve.

khatan

:: Satu ::


Angah:
Esok Amru sunat tau.

Amru: Ala, taknak. Nanti sakit.

Angah: Sakit sikit je. Tengok Ataullah tu, masa dia sunat dulu ok je.

Ataullah: Sakit sangat, Amru...
Rasa dia sama macam kena potong jari
---> ceh, tak membantu langsung si abang ni.

Amilah: Mana tau sama?
Jari Ataullah pernah kena potong ke?

---> Entahnya~


:: Dua ::

Amilah: Ayok, nanti Amru punya **** kena potong.

Amru: Ee... Lucah la Amilah ni.

---> Itu pun lucah ke dik oi~

perkataan berlawan

Orang: Kenapa buat benda ni?
Arifah: Sebab tak buat benda tu.

Orang: Kenapa pergi sana?
Arifah: Sebab tak pergi sini.

Orang: Kenapa banyak sangat ni?
Arifah: Sebab tak sikit.

Orang: Kenapa dia tak naik ye?
Arifah: Sebab dia turun.

Orang: Kenapa ada semut dalam air ni?
Arifah: Sebab takde gajah.

---> semut lawannya gajah ke???