Angah: Angah ada buat jadual untuk budak-budak ni.
Tapi kertas tu dah hilang lepas Utih tengok.
Ataullah: Alhamdulillah... Terima kasih lah...
Kat Utih sebab tolong hilangkan jadual tu.
---> Ceh, ingatkan nak terima kasih kat angah sebab susah payah buatkan jadual.
Rabu, 15 Disember 2010
Isnin, 15 November 2010
ungu
Amilah baru lepas berus gigi guna ubat gigi Safi Kids.
Amilah: Kawan Amilah kata kita boleh makan ubat gigi ni.
Sebab kat sini ada tulis "Tanpa fluorida, jadi selamat jika tertelan".
Amru: Amilah makan ke?
Amilah: Makan sikit. Perisa ungu, sedap...
---> Perisa anggur la Amilah oi. Ungu tu warna.
(boleh pulak tu sengaja makan ubat gigi).
tak payah tau
Amru tengah main belon.
Angah: Amru, jangan baling belon kat kipas tau.
Kalau pecah angah tak tau ye...
Amru: Angah tak payahlah tau.
---> Sabar jela~
Ahad, 24 Oktober 2010
'play'
Masa Amilah tengah main dengan Amru,
Angah suruh Amilah tutupkan lampu bilik air.
Amilah: Amru, 'Stop' kejap, Amilah nak tutup lampu.
Amilah: Ok dah. Jom sambung, Amru.
Amru: Amilah tak cakap 'Play' pun.
---> Adeh, ni mesti pengaruh computer games ni.
sujud sahwi
Amru ikut imam buat sujud sahwi, lepas solat...
Anjang: Amru baca apa dalam sujud sahwi tadi?
Amru: Ada la...
---> Pandai berahsia ye, ke tak tau?
Sabtu, 1 Mei 2010
ada hadis?
Ataullah tengah... (tak ingat tengah buat apa)
Angah: Eh, tak elok la buat camtu.
Ataullah: Mana Angah tau? Ada dalam hadis ke?
---> Ceh, sejak bila pandai main dalil ni~
Angah: Eh, tak elok la buat camtu.
Ataullah: Mana Angah tau? Ada dalam hadis ke?
---> Ceh, sejak bila pandai main dalil ni~
nak apa?
Angah: Amru solat apa tadi?
Amru: Angah nak solat apa?
Angah: Amilah tengah buat apa tu?
Amilah: Angah nak Amilah buat apa?
---> Main-mainkan orang pulak budak-budak ni.
Langgan:
Catatan (Atom)