Isnin, 3 Oktober 2011

Kelimumur vs Chipsmore

Ketika sedang membuat ketupat....

Akak:Kenape kelimumur sekejap ade sekejap takde?
Anjang:Sebab dia macam chipsmore.
Chipsmore kan kejap ade kejap takde..

-->Terbaikla~ Boleh masuk lawak antarabangsa...

Selasa, 13 September 2011

bedak

Angah tumpang pakai bedak kat bilik Auni (sepupu sebaya Amilah).

Angah: Auni suka pakai bedak?

Auni: Tak, mak tak bagi.

Angah: Kenapa?

Auni: Nanti muka jadi buruk.

---> Erk?!

kenapa?

Tabiat baru Amru.

Orang: Amru dah mandi?

Amru: Kenapa kalau dah mandi?

Orang: Stokin ada?

Amru: Kenapa kalau ada stokin?

Orang: Amru nak minum apa?

Amru: Kenapa kalau Amru nak minum apa-apa?

...dan macam-macam lagi.

---> Wa~ Stressed! Bukan nak jawab soalan orang.

Google vs Yahoo!

Ataullah: Antara Google dengan Yahoo!, mana lagi hebat?

Angah: Google la, dia lagi ada macam-macam.

Ataullah: Dulu pun Ataullah rasa Google, tapi sekarang Ataullah rasa Yahoo! lagi hebat sebab Yahoo! ada banyak games.

---> Ee budak ni, games addict betul. Insaf-insaflah Ataullah oi.

teka teki

Amilah: Banyak-banyak kotak, kotak apa yang berdosa?

Angah: Entah. (Ni teka-teki baru ni, belum pernah dengar lagi)

Amilah: Ko tak solat la.

---> Kalau macam tu, 'ko tak puasa' pun berdosa jugak.

Isnin, 25 Julai 2011

cococino

Angah nampak ada barang dalam beg Amilah.

Angah: Amilah, itu makanan nak bagi kat Angah ke?

Amilah: Ini Cococino untuk cikgu Amilah, dia nak beli.

Angah: Wa~ Hebatnya Amilah boleh buat bisnes dengan cikgu.

Amilah: Biasalah, dia kan mengandung. Mengidam kot.

---> Ceh, jawapan Amilah tu style makcik-makcik sungguh.

Selasa, 5 Julai 2011

pokok kurma

Ada gambar pokok kurma.

Angah: Amru cuba teka ini pokok apa?

Amru: Pokok kurma (dengan yakin).

Angah: Yeke... Bukan pokok kelapa ke?

Amru: Iye, tu pokok kurma. Tak caye cuba tengok dalam kamus bergambar.

---> Em, boleh tahan efektif jugak Kamus Bergambar tu rupanya.

nama

Suatu malam.

Amru: Kat masjid tadi Amru jumpa kawan Amru.

Angah: Dia sama kelas dengan Amru ke kat sekolah?

Amru: Tak, dia darjah 3. Tapi kelas dia dekat dengan kelas Amru.

Angah: Siapa nama dia?

Amru: Entah, dah lupa.

---> Ceh, gaya macam kenal sangat. Tapi nama dia pun tak ingat
(ke memang tak pernah tau?).

Isnin, 27 Jun 2011

pinggan

Kat dapur.

Amilah: Ummi, tadi Amru makan guna pinggan kaca.

Angah: Kenapa tak boleh guna pinggan kaca?

Amilah: Yela, itu kan pinggan orang tua.

---> Peraturan mana pulak kata pinggan kaca tu pinggan orang tua.
Budak kecik bahaya guna pinggan kaca sebab takut pecah la.

Khamis, 2 Jun 2011

tidur

Di suatu malam sebelum tidur.

Angah: Amru, jom tidur dengan Angah macam semalam.

Ataullah: Amru, jom tidur dengan Ataullah macam
Amru tidur dengan Angah semalam.

---> Kesian Ataullah tak boleh bagi contoh waktu bila Amru tidur
dengan dia sebab Amru pernah ke nak tidur dengan Ataullah...

jatuh

Amilah tengah main lambung-lambung benda kat dapur.
(Tak ingat benda apa, mungkin cawan atau pisau - ganas!)


Angah: Amilah jangan la main baling-baling benda tu.
Nanti jatuh ke bawah kang baru tau.

Amilah: Habis tu takkan jatuh ke atas pulak…

---> ???

Rabu, 1 Jun 2011

matahari

#1
Satu hari dalam kereta.

Ataullah: Antara matahari dan Amerika, mana satu yang lagi jauh?

Angah: Matahari.

Ataullah: Salah, matahari lagi dekat sebab kita boleh nampak.
Amerika kita tak boleh nampak.

Angah: Boleh je nampak dalam peta. Ha~~~

Ataullah: Tapi... bla bla bla

---> Sorry Ataullah, malas nak dengar hujah Ataullah lagi.
Yang pasti sekarang Angah yang menang.

#2
Asim kat seat depan tiba-tiba menyampuk.

Asim: Masa kiamat nanti semua planet dah takde kan...
Termasuk matahari?

Angah: Aah kot, kenapa?

Asim:  Tapi kan masa kat padang mahsyar nanti,
matahari tu sejengkal je dari kepala.

Ataullah: Tu kepanasan dia je...
Sama dengan kepanasan kalau matahari atas kepala.

---> Bagus, tak payah susah-susah Angah nak jawab.

Selasa, 22 Mac 2011

nak apa?

#1

Amru: Tuhan tolong ampuni aku.... (dengan nada menyanyi)

Andak: amru nyanyi lagu apa tu?

Amru: Andak nak lagu apa?


#2

Angah: Amru dah makan ke belum?

Amru: Angah nak Amru dah makan ke belum?

---> Tak menjawab soalan langsung!

Isnin, 21 Mac 2011

tak sabar ke...

akak:amru,tolong buangkan air dalam mesin basuh.
amru:pusingkan ye akak.ok.

andak: amru,basah tu, kang kena seluar.
amru: sabarla..
andak: andak boleh je sabar, tapi seluar amru dah basah tu...
amru: andak ni, orang kata sabar,sabarla. Tak dengar ke ceramah tadi...
andak: ceramah mana amru?
amru: mana2 ceramah la.
andak:..............

Rabu, 16 Mac 2011

comel

Angah: Siapa lagi comel, angah ke Amru?

Amru: Ala.. Amru la. Tau sangat.

---> Tau sangat? Perasan betul.

jepun

Amru tengah minum air mineral dengan bersungguh-sungguh.

Amilah: Tengok, air apa tu? La... Air tu je pun.

Amru: Ha... Jepun?

---> Amilah malas nak layan.

Khamis, 3 Februari 2011

take vs tag

Anjang minta tolong Arifah ambilkan kuah.

AnjangArifah tolong take kan kuah untuk Anjang.

ArifahTag kat Facebook ke?

---> Susah betul nak speaking ni.

Isnin, 31 Januari 2011

bakal pengantin

Angah buat biskut cip coklat tapi hangit lagi.

Alqamah: Ya~ Biskut sudah hangit!

Angah: So...?

Alqamah: So... inilah bakal pengantin yang baru nak belajar masak.

---> Silap orang kot. Kalau akak tu baru betul bakal pengantin.
Apapun, terima kasihlah sebab doakan.

Isnin, 17 Januari 2011

buncit

Amilah ikut Angah pergi kenduri kahwin kawan.

Kawan Angah: Darjah tiga ni? Keciknya...

Angah: Tak kecik pun, cuma dia kurus je.

Amilah: Mana ada kurus. Amilah buncit la.

---> Haha. Baguslah kalau sedar diri.

Rabu, 12 Januari 2011

karya Ata

Petikan-petikan di bawah disalin bulat-bulat dari buku Ataullah.

SATU
Yang dimuliakan ayahandaku Mohd Ali bin Tuah, 56 tahun yang dikasihi ibundaku Sawiyah bt Mohd Jonid 46 tahun dan Kekandaku, Abandaku dan Adikandaku serta pembaca yang budiman...

---> Tak pernah dengar lagi ada istilah 'abanda'

DUA
Ata seorang budak
dari syurga dan dia
telah dicampakan kenegara
Malaysia kerana dia telah memakan
buah apple, sebab tu lah ata selalu
dipermain-mainkan orang, sebab orang kata
kalau kita "eat" buah apple ongang
tak suke kawan ngan kite tau dak.

---> Tak faham motif cerita ni.

TIGA
Busur "ROQEL FUISK" di cipta

"Ktang, Ktang, Ktang"! bunyi busur untuk berperang di cipta di negara Rogel Fuizk yang akan berperang dengan negara Shugita Sharoa. "Seretatendo boreje lego serotengeler" seekor alien bernama Sharota yang bermaksud "Negara Rogel pimpinan raja limininalbo pasti jahannam". "Imiro, imiro" kata alien bernama Sampritendores yang memaksudkan betul, betul kata kamu".
Sementara itu di negara Rogel Fuizk mereka semua berbiasa, iaitu seperti perang tidak akan berlaku di situ. Mereka hanya bersolat dan bersiap dengan pedang dan lastik duri.
Pada hari perlawanan dan peperangan yg x pernah menjanjikan keamanan tersebut pun tiba. Tentera Rogel 40 org naik papan luncur...

---> Alamak, tak habis pulak cerita ni.

EMPAT
HOT ISSUE - ISU ALLAH - KRISIS POLITIK SEMASA
ORANG KRISTIAN SEBUT NAMA ALLAH

Masih ingat lagi pasal isu orang cina kafir hafaz Al-Quran kecoh satu Malaysia. Oklah, saya nak tanya boleh atau tidak orang kafir sebut nama Allah. Saya agak perkara ini didalangi oleh BN. Sebenarnya tak salah orang kristian sebut nama Allah cuma jangan disalah gunakan.

---> Ada bakat jadi penganalisis politik ni.

rabun dekat

Ummi: Amru tolong bacakan ni kuat-kuat,
mata Ummi tak nampak sangat.

Amru: Ala, kan mata Ummi terang jauh.

Ummi: Tak la, Ummi rabun dekat.

Amru: Kalau rabun dekat tu maksudnya terang jauh la.

---> Pandai-pandai je Amru ni, tak semestinya~

Jumaat, 7 Januari 2011

licin

Masa tengah tengok iklan produk makanan Naiz.

Arifah: Licinnya kat luar hot dog ni, nampak sedap.

Angah: Ala, dalam gambar je nampak licin.
Sebenarnya takdelah licin sangat.

Arifah: Ooo. Macam angah la jugak.

---> Ades~ Tapi betul jugak tu.

Sabtu, 1 Januari 2011

tadah tangan

Angah: Amilah boleh tolong bagi makanan kat kucing tak?

Amilah: Boleh!

Angah: Bagus, mesti kucing sayang kat Amilah.
Nanti dia doakan Amilah jadi pandai.

Amilah: Kucing boleh ke tadah tangan?

Angah: Dia doa dalam hati je, kucing kan ada hati.

kerja apa

Amilah: Kat tempat angah kerja tu, angah kena buat apa?

Angah: Ha Amru pernah ikut angah pergi tempat kerja.
Amru ingat tak angah buat apa kat tempat kerja tu?

Amru: Beli makanan!

---> Ceh, itu je yang diingatnya.