Isnin, 15 November 2010

ungu

Amilah baru lepas berus gigi guna ubat gigi Safi Kids.

Amilah: Kawan Amilah kata kita boleh makan ubat gigi ni.
Sebab kat sini ada tulis "Tanpa fluorida, jadi selamat jika tertelan".

Amru: Amilah makan ke?

Amilah: Makan sikit. Perisa ungu, sedap...

---> Perisa anggur la Amilah oi. Ungu tu warna.
(boleh pulak tu sengaja makan ubat gigi).

tak payah tau

Amru tengah main belon.

Angah: Amru, jangan baling belon kat kipas tau.
Kalau pecah angah tak tau ye...

Amru: Angah tak payahlah tau.

---> Sabar jela~