Sabtu, 12 April 2014

Ia tak mudah

Ia tak mudah.
Percayalah.

Meski bicara tentangnya tampak gampang, 
tapi saat merealisasikan, tak mudah.

ya, gak mudah.

Pokoknya, mahu atau tidak.

Atau terus mahu beralasan,
bahawasanya diri tidak mampu,
diri tidak kuat,
diri tidak gagah,
malas,
cuai,
dan lain-lain alasan yang bisa kita rekaciptakan.

Kepada yang telah berjaya,
sudi-sudilah menghulur tangan,
merangkul lengan,
berkongsi semangat yang Tuhan hadiahkan,
buat mereka yang sering tersungkur di tepian..

Kerna itu sabda nabi,
Almu'min kal bunyan,
Mukmin itu seperti satu bangunan.

Jika terus membata sendirian,
demi membina puncak, 
kita mungkin bisa,
dan yang lain,
kan terus keciciran..

dan ia adalah antara dua,tiga, dan seterusnya..

Mahu menjadi orang yang berjaya sendirian,
atau yang gagal dan tidak mahu bangkit-bangkit lagi,
atau berjaya bersama teman-teman,
atau diuji dan terus gagah mencuba...

Buatlah pilihan.
Meski ia tidak mudah seperti yang dinyatakan.

Namun,
ingatlah,
setiap kesusahan itu, ada kemudahan yang Tuhan ciptakan.

ان مع العسري يسرى

-Abid Imtiyaz-
Aflahians,
06 04 2014